Monday, February 25, 2013

Warded


Ceritanya bermula 11 Feb hari isnin. Mama Iman ni EL sbb Zara demam, batuk selsema & naik ruam kat leher. Nk bawak dia pegi check kat KPJ Selangor. Dah alang2 pegi, bawak Iman g inject 4 - 5 tahun sekali. Pagi selasa, Iman tak nak pegi tadika. Sakit kata sebab kena inject. Alasan la tu.

Balik dari kerja, sampai je rumah babysitter, Iman keluar sambil menangis2 kata dia sakit & dia dok muntah2. Ingatkan muntah biasa. Sebab sebelum ni memang dia penah muntah lepas minum susu. Tapi itu sebelum tukar susu. Pelik jugak sebab masa hantar ke rumah BS, xde pulak dibekalkan susu. Bila tanya, makan telur katanya. Siap cakap lagi, len kali tak nak makan telur dah..

Atas kereta, dia sambung muntah lagi. Sampai rumah, dia baring terus & tak nak mintak tengok kartun cam biasa. Dia cakap 'Iman nak tidur kejap'. Bila ayah dia balik, riba dia, dia dah lembik semacam dah. Nak buka mata pun tak larat. Nampak mata putih jer. 

Cepat2 kami bersiap pegi KPJ Selangor terus lepas maghrib tu. Sampai hospital, timbang badan dia dah turun jadi 14kg. Padahal sehari sebelum tu 15kg. Mata dia pun dh cengkung. Sekejap je jadi macam tu. Dr cakap kena masuk HDU (High Dependency Unit) untuk monitor dia. 

Sebelum admitted, pasang drip dulu sebab Iman dah lemah sangat. Masa cucuk tu, dia takde nangis pun dah. Memang tak larat sangat.

Malam tu Ayah Iman jaga kat HDU. Katanya 5 minit sekali nurse datang check progress Iman.

Kami bergilir jaga Iman. Malam Ayah & siang Mama. Zara terpaksa hantar rumah BS. Kesian Zara, Dia dahla tak sihat.

Hari kedua sebelah petang baru Iman boleh pindah ke ward biasa. Tupun terpaksa duduk kat General Ward sebab ward kanak2 dah penuh. Mintak balik hari kedua sebab Iman dah aktif & ubat pun dah stop. Tapi nurse cakap, kena monitor dia tanpa ubat dulu. Kalau dia x apa2 tanpa ubat baru boleh keluar. OK. Sehari lagi Iman kat ward. 

Ayah Iman dah tak sabar nak balik sebab tak nak tidur hospital.

Iman pun dah bosan dok hospital. Suruh buat apa semua dia buat sebab nak discharge punya pasal. Makan ubat pun tak payah suruh, suruh makan nasi dia makan tanpa byk soal. Tapi bila nurse kata tak bleh balik lagi, dia kecewa. 'Iman kan dah jadi good boy!! Iman dah makan ubat..'

Hari seterusnya, Dr datang check sebelah pagi & Iman dh boleh discharge. Sebelum tengahari kitaorang dah balik rumah. Tapi Iman tak nak balik rumah dulu tp nak pegi rumah tok ayah. Okaylah Iman.

* Bila Iman dah discharge, kenala tunaikan janji2 manis kat dia. :-(



kos kena warded kat KPJ Selangor RM3,850. Kami cuma hulurkan sekeping kertas putih yang dipanggil GL. :-D

No comments:

Post a Comment