Sunday, August 23, 2015

Korek tabung nak belanja mama



Tengah kira duit tabung sebab nak belanja Mama makan pizza. Heheheh.. kesian Iman. Zara pun join kira sama walaupun tak tau masalah sebenar.

Iman request nak makan pizza. Bukan Mama tak nak bawak pegi makan pizza, tapi nak guna duit untuk setelkan bil dulu. Sebab Iman dok ulang-ulang mintak nak makan pizza, mama pun buat sandiwara.

Mama: Iman, Mama nak makan pizza.
Iman: jomla. Iman pun nak makan pizza jugak.
Mama: Tapi asyik Mama je yang belanja Iman makan pizza. Iman dengan Zara tak penah pun belanja Mama makan pizza. Mama nak makan pizza, tapi mama takde siapa nak bayar nanti (sambil buat suara sedih ala-ala menangis)
Iman: Dah..dah..Iman sayang Mama (sambil peluk kepala Mama)
Mama: gelak dalam hati. jerat dah mengena.
Mama: Tapi Mama nak makan pizza.
Iman: okay, nanti Iman korek duit tabung kita pergi makan pizza ye Mama. Harga pizza berapa Mama?
Mama: Seratus.
Iman: Mahalnya! (terus bangun pegi ambil tabung)

Lepas kira mengeluh sebab duit tabung tak cukup nak belanja Mama makan pizza.

Mama gelak dalam hati jelah. Selamatlah Mama tak ada orang tanya  pasal nak kmakan pizza lagi dua tiga hari ni.

Muahahahahaaa



Wednesday, February 25, 2015

'Ayah' dan Ayah

Balik dari sekolah agama makan nasi sebelum pegi sekolah kebangsaan tengahari tadi.

Sambil makan sambil tengok cerita Gumball.

Iman: 'Ayah' ni pemalas kan Mama (merujuk kepada ayah Gumball
Mama: Ha ah.
Iman: Pemalas macam Ayah. Tidur je..

Ok.. Mama taknak komen.

Monday, January 20, 2014

Wayang

Balik sekolah tadi Iman tanya "Mama, boleh tak Iman tengok wayang Galaxy (guardian of the galaxy)?? Iman ada duit neh.."

Semalam ayah Iman ajak Iman tengok wayang tapi suruh mama belanja. Tapi Mama tak nak bagi. Dahla mintak macam nak gaduh, talk bagi kena pukul. Iman dengan ayah yang nak tengok wayang, mama pulak yang kena bayar

Friday, January 10, 2014

School


Khamis last week buka sekolah Iman dah start sekolah. 'Sekolah Besar' Iman cakap. Sehari sebelum tu Iman masih lagi kat Gua Musang. Sampai Shah Alam dah pukul 1.++ pagi. Pagi khamis tu Mama sedar dah pukul 7.00. Huh.. seb baik tersedar jugak pukul 7, kalau tak, selamat kita..

Snap dulu sebelum gerak pergi sekolah.Beg sekolah pun tak sempat beli lagi. Pakai je beg lama. Tupun nasib baik ada..


Sempat lagi buat gaya. Padahal dah lambat dah ni.

1st day ada perhimpunan.. Sampai cikgu tengah bagi ucapan. Dengar cikgu bagi ucapan dengan penuh bosan. Ingatkan Iman tak dengar, tapi rupanya, lepas 3 hari pun Iman ingat lagi apa yang cigu dok cakap kat depan tu..


Masing-masing beratur tunggu panggil nama nak masuk kelas. Ada 2 kelas, Juara & Cemerlang. Iman kelas Cemerlang.


Hari kedua.. Dah beli beg sekolah baru dah.. Kalau tak kesian anak Mama ni, tahun pertama sekolah pakai beg lama.


Masuk kelas, pusing-pusing dulu. Nak tunjuk beg baru la tu. Iman..Iman... Duduk semeja geng-geng lelaki.. Tapi Iman malu-malu dengar je kawan-kawan borak sambil Iman senyum je..



Belajar rajin-rajin ya Iman... Berkawan ramai-ramai, jadi anak yang baik dan soleh.

**********

Thursday, December 19, 2013

Lapar


off lampu...

Mama: Baca doa tido..
Iman: Bismikallah hummaahya waamuutt..
Zara: konkonkon (sambil nenen)

Semua diam..Zara peluk Mama.. Iman pun peluk mama..

tiba-tiba..
Iman: Mama... Mama bunyi tak perut Iman..??
Mama: ????? tak!!!
Iman: Itu bunyi perut Iman lapar..
Mama: Kan Iman baru je makan tadi
Iman: ye. Tapi Iman lapar..
Mama: Tunggu Zara tido dulu (Dengan harapan Iman pun tertido sama)

Bila Zara dah tido..

Iman: Mama Zara dah tak hisap nenen lagi dah.. Iman lapar ni..
Mama: Iman tido dulu, esok pagi-pagi mama buat makan.
Iman: Iman tak boleh tido, Iman lapar..

Haish budak ni.. Padahal baru je makan. Boleh kata tiap tiap hari, tiap tiap malam macam ni. Mintak makan je kejenya. Tapi orangnya kurus jugak walaupun makan banyak.




Belated Birthday


Birthday Cake Iman mama buat sendiri.. 

Birthday Iman dah lama lepas, tapi Mama baru nak tunjuk kek Iman. Mintak mahap la Iman, Mama kebizian yang dibuat-buat


First time buat birthday cake. selalunya beli je..



Friday, October 11, 2013

Zara's Saver


2 Hari lepas masa Mama kat dapur, Mama mintak Iman jaga Zara kejap. Kalau Zara nak naik tangga, panggilkan Mama. Sekejap je, tiba-tiba Mama dengar kepala terhantuk kat simen. Tak tau kepala siapa. Tapi both Iman & Zara nangis. hehe..

Mama keluar tanya kenapa, Iman bebel kat Mama sambil nangis-nangis
"Tu la Mama kenapa bagi adik makan banyak sangat. Kan adik dah berat Iman tak boleh nak angkat!!" Marah betul Iman kat Mama masa tu. 

Mama tanya kenapa Iman angkat Zara.
"Adik nak naik tangga, Iman angkat la. Kenapa Mama bagi adik makan banyak???!!!" hahahah tergelak Mama dengar soalan Iman tu. Mama kena marah sebab bagi Zara makan.

Iman diam bila Mama cakap, Iman tak boleh nak angkat Zara sebab Iman makan sikit. Iman la yang kena makan banyak bukannya Mama tak boleh bagi Zara makan banyak.