Wednesday, February 27, 2013

Landak


Masa Iman kena warded minggu lepas, kitaorang janji dengan dia nak buat Landak versi Art Attack. 
Hari jumaat dia dah discharge, claim la janji2 manis tu.

Landak ni amek masa 5 hari untuk siap. Lama sebab nak tunggu kering.



Bila keluar je, Ayah Iman terus koyakkan paper untuk direndam semalaman. Malam pulak, Mama yang potong cupboard bentukkan base Landak dan gulung kertas letak atas base.

Sabtu tu baru keluarkan air dan uli dengan gam dan tempek kat atas base Landak. Untuk nk cucuk duri Landak, pakai pencil untuk buat lubang. Siap tu, terus letak bawah kipas semalaman. Ahad & Isnin jemur bawah cahaya matahari. Malam letak depan stand fan.

Isnin tu kalau ikutkan tak kering lagi. Tapi sebab Iman & Ayah dah tak sabar, dorang dh mulakan proses mewarna. Part ni Iman yang buat sbb Iman suka bab conteng2 ni. Dah siap warna, jemur bawah cahaya matahari sekali lagi dan malam letak depan kipas lagi.

Selasa Ayah lukis kaki, tangan & kepala Landak dengan marker pen & Landak dah sedia untuk durinya.

No comments:

Post a Comment