Wednesday, November 7, 2012

Antara Medela Swing dan Spectra 3

Selama 3 bulan setengah guna pam medela swing, memang puas hati dengan performance swing. Selama 2 bulan maternity leave setiap 2 jam sekali selepas direct feeding Zara pam akan dapat 1 - 3oz. Alhamdulillah, sehari sebelum masuk keje stock frozen ebm dah ada 100 x 3oz.

Bila masuk kerja, baru terasa kekurangan medela swing. Bukan sebab swing tak bagus, tapi sebab swing ni untuk single pumping. Setiap sesi mengepam kena pam selama sejam untuk kedua2 belah cik B. Kalau kat rumah, perkara ni tak mendatangkan masalah. Kalau dah setiap sesi memakan masa selama sejam, nak pam 3 kali sehari, kena spend 3 jam sesi mengepam di ofis. Lama jugak tu. Bila kerja nak siap kalau macam ni?

Mula2 masuk kerja, seboleh mungkin cuba untuk meminimakan guna masa kerja untuk pam. So jadual mengepam start pukul 730-830am, 1230-0130pm & 0430-0530. Guna sejam setengah waktu kerja. Dah kurang dah. Bila masuk 2 minggu, kerja pun makin bertambah, terpaksa kurangkan waktu mengepam dari sejam kepada setengah jam je. Kalau kurang masa macam tu je, susu tak keluar habis, jadi suction level terpaksa dinaikkan. Bila hari2 dik buat macam tu, cik B akan cepat rasa sakit.

Setelah difikirkan, maka keputusan untuk membeli pam baru dibuat. mula2 decide nak beli autumnz double pumping. Review untuk autumnz ni cukup susah nak dapat. bila type je autumnz ultimate, bukan jumpa review tapi banyak jumpa yang nak jual dengan alasan tak sesuai dengan cik B masing2. Macam tak logic sikit alasannya walaupun mungkin betul. Memandangkan autumnz ni boleh pakai battery and electric, tetap nak cuba autumnz jugak.

Tapi bila pegi kedai, autumnz kemana Spectra 3 yang dibawa balik. Mula2 nyesal gak sebab Spectra 3 ni tak boleh pakai battery. Tapi memandangkan dah beli, terpaksa kubawa balik jugak Spectra 3 itu.

Semalam, production ebm drop. Sesi pagi cuma dapat 3oz, sesi kedua dapat 4oz & sesi petang dapat 5oz. Selalu dia punya trend 5oz pagi, 6oz tengahari & 6oz petang. Tapi memang pagi tu tak rasa cik B bengkak pun & pam pukul 430am dapat 4oz je. Selalunya kalau bangun nak pam pukul 430am tu, hasilnya boleh jugak dapat paling kurang 5oz. Itupun Zara dah siap direct feeding.

Disebabkan itu, maka pagi ni terpaksa bukak semua part spectra 3 (ingat nak jual balik) sterilizekan & bawak ke ofis untuk try Spectra 3 dengan buat double pumping. Walaupun mungkin hasilnya lebik sikit, tapi mana tau ada rezeki Zara nak dapat lebih hari ni.

Alhamdulillah, kali pertama guna Spectra 3, hasilnya agak baik & setanding medela swing. Production dah kembali kepada normal. Pagi ni dapat 5oz balik. Tengahari dapat 6.5oz. Kiranya double pumping boleh membantu menambahkan production ebm.

Pertama kali guna Spectra 3, pro & cons medela swing & Spectra 3 bolehla dikatakan macam ni:-

Suction:
Swing
- Ada 2 phase suction, stimulation dulu baru let down
- Ambil masa 10-15min untuk dapatkan 1oz
- suction kuat sikit, kalau pakai level tinggi, cik B sakit

Spectra 3
- Tak ada stimulation terus pam je.
- Dalam masa 5 min dah boleh dapat 1oz
- suction lembut je, bila letak macam tak rasa tengah pam

Pam
Swing
- Ringan, sambil pam boleh sangkut kat leher (selalu buat)
- Single pumping
- Senyap

Spectra 3
- Berat 1.4kg. Kalau sangkut kat leher, sure patah leher takpun boleh jadi leher unta.
- Doubele pumping, tapi kena beli set breastshield untuk double pumping
- Untuk elak backflow, ada dijual filter
- Senyap

Power
Swing
- Electric, Battery & boleh buat manual pumping kalau ada handle untuk harmony

Spectra 3
- Electric only (dislike)


Secara keseluruhannya, sangat sukakan suction Spectra 3 tapi dalam masa sama sukakan Medela Swing sebab selain electric, boleh pakai battery & boleh convert kepada manual dan yang paling penting medela swing ringan.

Nampaknya Spectra 3 tu memang untuk ditinggalkan di ofis & swing pakai kat rumah & travel (balik kampung je pun). Kalau black out kat ofis, nak marmet ke??? Insyaallah tak black out.

Ikutkan hati, mengidam dengan medela freestyle, tapi dah ada medela swing & Spectra 3 nipun dah bersyukur sangat2.

No comments:

Post a Comment