Semalam ayah Iman ajak pegi tadika kt Alam Budiman. Hari jumaat ari tu dia dh buat batas nk tanam pokok ati2. Tp smlm, penyakit malas tengah melanda + Iman g rumah tok ayah dia. Nanti x best pulak kalau Iman x ikut.
Ptg ni pukul 530, kitaorg gerak terus ke Alam Budiman untuk berkebun. Zai bawak segala benih yang ada. Mula2 bubuh dalam beg, benih kailan, sawi & kangkung je. Tp pk2 balik, baik bawak semua benih yang ada. Manalah tau..
Sampai2 je, Ayah Iman terus memulakan kerja2 membetulkan batas & menambah batas baru.. Iman tak ketinggalan membantu.
Iman ni pantang tengok orang buat keje, dia pun nk menyibuk sama. Tp bagus jugak boleh pupuk minat bercucuk tanam..
Batas yang dh siap. Kalau perasan hujung sekali dekat dgn pagar tu, Ayah Iman semai pokok ati2. Pokok induk singgah beli kt seksyen 13 tadi. Batas no 2 dari belakang semai kangkung & kailan. Batas tengah tu tanam sawi & jagung. Jagung tu ditanam atas permintaan sorang teacher kt situ
Pokok ati2 ayah Iman.
Satu batas lg simpan kat teacher Nurul untuk dia tanam sayur.
Seronok kalau rumah lot tepi camni. Punya jauh kitaorg datang berkebun dari seksyen 18 ke Alam Budiman. Bukannya kitaorg akan datang sini untuk petik sayur kalau nk makan sayur2 ni. Tp seronok bila boleh berkebun ni.
Dulu, masa kat kampung, memang wajib buat aktiviti berkebun ni. Tapi berkebun kat kampung kena berperang dgn kambing lembu. Sejak dah berhijrah ke shah alam ni, duduk rumah xde tanah susah sikitla nk berkebun. Ada pun kena tanam dalam pasu..
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment