Sunday, June 10, 2012

Tanaman penenang hati

Smlm bila hari cerah, terus tgk keadaan pokok2 yg ada kt blkg rumah. Ada sesetengah pokok especially kailan n mulberi x menjadi sgt. Tp bila dok perhatikan pokok2 yg tanam sendiri, buat hati jd tenteram.. Rasanya, kalau dok peratikan pokok ni sehari suntuk pun, xkan rs bosan. Tp nanti, mesti jiran akan kata budak ni dh x betul agaknya dok perati pokok dr pagi ke ptg.

Antara tanaman yg menjadi mcm pokok jagung ni.

Pokok jagung dlm tong biru ni pulak walaupun disemai selepas 2 minggu jagung dlm polibeg kuning tu, dia nmpk lg subur. Agaknya sbb pokok jagung yg dlm polibeg kuning tu penah kene jd mangsa tikus sbb tu dia agak terbantut kot.  

Yg dlm tong putih tu pulak walaupun semai sekali dgn geng sebelah dia, nmpk sgt pertumbuhan dia terbantut. Walau disiram n dibaja sama je dgn kwn dia kt sebelah tu tanpa ada perasaan berat sebelah, tetap dia kurang dr segi tumbesaran. Agaknya dia xde kwn cam member dia sebelah tu kwn dgn kangkung.

Yg paling best tgk kangkung ni. dia selamat dr serangan tikus n berjaya membesar sampai camni. Kwn2 yg sama batch semai dgn dia, dh selamat jd habuan tikus dh.Kalau nk buat kangkung goreng belacan ni bukannya cukup pun, tp nk wat camna kalau yg ni je yg nk menjadi.. Batch yg lain kecik2 lg..

Semaian kailan yg entah keberapa kalinya.. Sebelum ni dok kt depan rumah elok je dia. Tp bila dh alihkan ke belakang rumah, terus jd mangsa tikus. Ada la tikus tinggalkan dlm 2-3 pokok. Lebihnya selamat dia kekah.. Agak sakit hati dgn tikus.. Tp nk wat camna, mmg dh keje dia merosakkan suma benda.. Dlm polibeg sama, semai lg kailan.. Tp kali ni x guna kaedah tabur, tp timbus dgn tanah sikit. So bila dia naik, tegak elok compare kalau semai cara tabur.. Ni kira semai dgn harapan suma menjadi. setiap polibeg di semai dgn 4 biji benih je.. Kene betul2 gunakan ruang yg ada, sbb ruang tersgtla terhad..





Pokok ati2 ni pun nk join sama gak. Baru lepas amek dr pokok induk utk disemai. Yg ni en. somi punya..



Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment