Sunday, June 24, 2012

Empat hari merinduimu..

4 hari balik kampung meninggalkan tanaman yg seco'et tu x bersiram atas sebab emergency. Bila sampai dr kampung dlm pukul 6 ptg td, bunga matahari dh kekeringan & sepokok bunga matahari dipercayai dh mati.

Beginilah rupa pokok bunga matahari yg kelayuan tu.. Kesian 4 hari x dpt minum..

Yang ni pulak pokok bunga matahari yg dh mati.. Tetap siram jugak dgn harapan, dia akan subur balik.. Yg sebelah dia tu nampaknya masih bertahan lg..





Itu pokok2 yg depan rumah, Bial tgk camnilah rupanya pokok bunga kt depan rumah ni, risau dgn sayur kailan yg dok ada kt belakang rumah tu. Apalah nasib si kailan tu agaknya.. Dahla sekarang ni musim panas.

Bila jenguk ke belakang rumah, tengok kangkung dh kelayuan.. Kesian pokok kangkung ni. Dhla dia ada 4 sekawan je ddlm polibeg tu.. Daun suma kuning2 je.. Yg hijau pun bahagian pucuk je..

Pokok jagung pun mcm kurang air gak.. Pokok jagung ni mcm xnak mengeluarkan buah je. Harap bunga je dh keluar.. Sungguh kurang kesabaranku ini.. Redha jelah kalau x berbuah pun. Tp kangkung dlm tong jagung ni masih lg kehijauan..


Kailan pulak, walaupun ditinggalkan 4 hari x disiram, daun2nya masih nampak segar & hijau walaupun naiknya meliuk lintuk..

Kailan dlm pasu pun nampak segar.. Adakah kailan sukakan cahaya matahari & panas? Tak taulah Zai nk jawab camna.. Tinggalkan x bersiram pun elok lg pokoknya..

Buktinya tgklah... 3 batang pokok kailan ni membesar dgn gembiranya bila ditinggalkan x bersiram selama 4 hari. Pokok pandan tu pulak masih lg bertahan & ada 2 - 3 pokok kailan kt dlm tu yg mmg dr dulu lg xnak besar2. Agaknya sbb pokok pandan amek byk sgt zat tanah utk lebarkan akar dia yg byk tu kot..

Pokok kailan dlm polibeg yg ni pun sama. Naik segar je.

Dua batang benih mulberi yg dibeli dari blog tanamsendiri dh mengeluarkan tunas. Jgn keluarkan tunas sekerat jalan pastu kering mcm yg sebelum ni dhla.

Benih pokok mulberi yg acik sebelah bagi dh mengeluarkan daunnya walaupun berkongsi 1 pasu ramai2. Jgn x tau dlm pasu ni pun ada jugak 2, 3 pokok ketumbar..

Yang ni tak dapat dikenalpasti pokok apa. Nak buang takut pulak pokok sayur, sebab sebelum ni pernah semai benih kt sini. Biar je dulu sampai dia besar. Kalau pokok yang x berkenaan tu akan dibuang nanti.. Siram tetap siram..

Pokok terung yg dibawa dari kelantan. Ini pokok terun bulat yg sebesar ibu jari kaki & buahnya berwarna putih. Selalunya jumpa pun yg kaler hijau + putih tu. Terung putih ni lagi rangup & sedap kalau buat ulam macam tu je, cicah sambal tempoyak atau budu. Sayangnya, pokok terung ni kelayuan dlm kereta. Harap2 nanti bila dh disiram & 2-3 hari kemudian, pokok terung ni akan segar balik.

Byk lagi benih yg dibeli dr blog tanamsendiri belum disemai. Risau nk semai sbb nak balik cuti pantang kat kampung selama 2 bulan dlm bulan 8 nanti. Tinggalkan 4 hari pun, dh ada pokok yg mati apatah lg kalau ditinggalkan lama. Walaupun mungkin acik sebelah boleh tolong siramkan, tp setakat mana sangat org lain nk tgk pokok2 kita.


No comments:

Post a Comment